Dua tahun. Dua tahun aku jadi budak politik. Tinggal setahun je lagi aku kena hadap benda politik ni (insyaAllah). Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam bidang ni. Aku pun tak ingat macam mana tangan aku boleh terclick program politik. Gahhh. Tension kot kalau nak ingat. Bayangkan, hari-hari kau kena bangun, pergi kelas, cari tempat duduk, then duduk, then dengar lecture. Tapi, selama dua tahun kau asyik ulang rutin yang sama tiap kali masuk kelas, satu apa pun kau masih tak faham, masih tak dapat tangkap apa yang kau belajar. Last-last bila tak faham, start lah kau ambil handphone dan main angry bird or candy crush or salah guna wifi yang ada dengan mencarut dalam twitter. See point aku tak? Bila kau tak minat dengan sesuatu, paksalah macam mana pun, buatlah macam mana pun, jangan harap kau nak faham and adapt benda tu.
Sampai sekarang perkataan "KENAPA" main dalam kepala otak aku ni. KENAPA lah itu KENAPA lah ini. Uwaaaa. Itu lahhh, before submit application dulu tak nak rechecked. Padan muka aku. Apa-apa pun, aku bersyukur juga sebab diterima masuk universiti walaupun aku tak minat dengan program yang aku dapat. Apa yang boleh aku buat sekarang, aku kena habiskan semua ni and cari cara untuk sambung and dapatkan apa yang aku nak dan minat. InsyaAllah ;)
P/S: Untuk adik-adik yang tengah bingung nak pilih course apa untuk masuk U, pilihlah apa yang korang minat. Tak kisahlah orang lain nak cakap apa dengan benda yang korang minat walaupun mengarut. Jangan jadi macam hakakkk ni.

