Wajib Klik Sini :)

Thursday, 5 June 2014

POLITIK

Dua tahun. Dua tahun aku jadi budak politik. Tinggal setahun je lagi aku kena hadap benda politik ni (insyaAllah). Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam bidang ni. Aku pun tak ingat macam mana tangan aku boleh terclick program politik. Gahhh. Tension kot kalau nak ingat. Bayangkan, hari-hari kau kena bangun, pergi kelas, cari tempat duduk, then duduk, then dengar lecture. Tapi, selama dua tahun kau asyik ulang rutin yang sama tiap kali masuk kelas, satu apa pun kau masih tak faham, masih tak dapat tangkap apa yang kau belajar. Last-last bila tak faham, start lah kau ambil handphone dan main angry bird or candy crush or salah guna wifi yang ada dengan mencarut dalam twitter. See point aku tak? Bila kau tak minat dengan sesuatu, paksalah macam mana pun, buatlah macam mana pun, jangan harap kau nak faham and adapt benda tu. 

Sampai sekarang perkataan "KENAPA" main dalam kepala otak aku ni. KENAPA lah itu KENAPA lah ini. Uwaaaa. Itu lahhh, before submit application dulu tak nak rechecked. Padan muka aku. Apa-apa pun, aku bersyukur juga sebab diterima masuk universiti walaupun aku tak minat dengan program yang aku dapat. Apa yang boleh aku buat sekarang, aku kena habiskan semua ni and cari cara untuk sambung and dapatkan apa yang aku nak dan minat. InsyaAllah ;)

P/S: Untuk adik-adik yang tengah bingung nak pilih course apa untuk masuk U, pilihlah apa yang korang minat. Tak kisahlah orang lain nak cakap apa dengan benda yang korang minat walaupun mengarut. Jangan jadi macam hakakkk ni. 

Tuesday, 11 February 2014

Aib

Aib
Tau apa aib tu?
Tipu lah kalau tak tau.
Tak tau juga?
Mohon google.
Kadang" kita sebagai manusia lupa bila bercakap.
Cakap main lepas satu hal.
Satu hal lagi kalau cakap tambah dengan buka aib orang.
Memang ramuan yang mantap.
Orang yang dengar pun layan sedap.
Kahkah!
Aku macam tu dulu.
Itu dulu dulu dulu.
Sekarang aku takut.
Walau kadang" aku lupa dan sesedap rasa je buka aib orang, ya, aku juga manusia yang ada darah melayu.
Melayu mudah lupa. Kah!
Sekarang. Aku takut.
Aku takut nanti Allah gerakkan mana" hambanya untuk buka aib aku sebagai balasan.
Cuba.
Aku sedang cuba untuk jaga setiap aib orang yang aku tau.
Benci tahap langit mana pun kau dengan sesiapa kat dunia ni, tak payah buka aib dia.
Ingatan sesama kita.